Teman TerBaek ! : )

Saturday, February 19, 2011

HERE GOT GHOST

Bismillahhirohmanirohim ~ Alhamdulilah syukur kehadrat ALLAH 
saya sudah bernafas selama  6354 Hari 
( kira sampai hari ini lah 19/2/11) Sebenarnya saya nk conteng kisah ni sejak kelmarin lagi .tetapi apakan daya masa tak akan kembali . hancur musnahlah semuanya  ..
 HAHAHA macam lagu P.Ramlee daa !


Ok Starting to be serius merius right now !


Sebentar lagi lah kita serius . sabaq sat 3 min . nih ! cek nak habaq mai nihh ! nak tau dak .. 
adesss! AMIRUL IZWAN habaq2 sudah lahh! tok sah dok kerapu merapu .! sat gi orang hilang mood nak baca kot ! ish !


Owh ha . Ampun - ampun .
 ha sebelum aku nk mulakan cerita HANTU hihihi*sila mengilai please?
aku nk story dulu pasal kemarin . Kemarin aku pergi date out ngan Mat saDin 
( ehh! Rafieuddin , seorang yang genuis dalam subjek MATEMATIK *Harap Maklum . Teng Que ! )
Kami pergi tengok wayang cerita tajuk entry aku kali ini . HAHA  :P


Rafie BELANJA aku ! dia kesian sbb aku demam kot ! :)


Malaslah aku nak cerita kat hangpa - hangpa . nanti hangpa tak pi tengok pulak ! 
Aku teringat kisah ni selepas aku hantar Mat Din pulang lepas aku change gear 3 motor tuh . terus aku teringat kisah yang aku nak cerita ini . 


                            '' KAU PERCAYA HANTU TAK ? ? ? "
                                                 statement ni bukan TAJUK tapi TITLE .


Ini adalah kisah benar , aku harap hangpa - hangpa serius dalam perkara - pekara macam ni . Aku malas nk melawak tapi kalau ada yang tersengeh tergelak tersenyum apabila aku start nk serius aku rasa hangpa nih tak normal . sebab tidak pernah dalam kamus hidup aku , apabila aku serius ja ada orang yang dok gelak - gelak . automatik aku akan rasa seolah - olah aku sedang dimalukan . SAYA HARAP ANDA FAHAM !


Mula lain,


Ini adalah kisah benar , pernah anda tertanya - tanya tidak dalam fikiran anda bahawa mengapa hanya gadis melayu di rasuk? mengapa...?? ??!



Kes ini berlaku di Malaysia diruang pelajar perempuan membasuh kain.Berlaku diasrama aspuri atau perempuan. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu belaka dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india apalagi bangla.kalau ada pon aku rasa puratanya rendah berbanding kaum melayu .

 Di mana salah dan silapnya kita ?!


Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.


kes histeria disekolah MENENGAH KEBANGSAAN dot .dot . aku tidak mahu nyatakan nama sekolah yang pernah dapat anugerah sekolah BITARA itu . Nanti ianya hanya mengaibkan nama Sekolah tersebut sahaja . Aku harap hangpa faham ! 


Misteri di Asrama Puteri terjawap!




Suatu hari kerana sudah tak tahan kerana pelajar asyik kena rasuk sahaja,
maka pengetua sekolah tersebut iaitu MOHAMMAD GHAZALI MOKHTAR pun beriktiar untuk menghalau syaitan atau jin yang semakin hari sering menganas dan merasuk.menurut sumber yang aku ketahui sekolah tersebut dikatakan ' KERAS ' kerana pernah berlaku kes jenayah antara pelajar wanita sehingga menyebabkan kes pembunuhan . Nasib baik seorang dari guru di situ mengenali seorang bomoh yang pakar dalam hal hal begini .


Pada suatu hari Bomoh tu pun datanglah ke sekolah tersebut  untuk berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu.


Kebetulan pada hari tersebut ada lagi salah seorang wanita yang terkena rasukkan tersebut . mungkin Jin tersebut ingin menguji kehebatan Bomoh itu .


Jin tersebut terlalu lapar - pelajar

Tidak sedarkan diri .
Tambahan lagi , menurut sahabat karibnya , dia pernah melihat HANTU yang terbaring dibawah katil asrama sahabatnya yang sedang tidur.Selepas pulang dari tandas pada jam 2.24 am .



nothing to describe.
Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca mantera.Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang.


 Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan amat menjijikan.
 Bomoh yang begitu berpengalaman pun hampir - hampir pengsan dibuatnya! 
Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!!


 Tetapi si bomoh tetap kuatkan semangatnya . Lalu bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang kental dan tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.


             "Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!
        "Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan laknatullah!"


 tiba - tiba  kedengaran suatu bunyi selepas beberapa saat baru lah nampak ketua jin seperti mahu berkata kata.


dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...


 "Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan
  Tak Menarik Hati, Tiada Memikat"
 "Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik
  Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku kan RASUK...""


   ""Aduhai... kekekeekeeee. ..''




Hehehehe bagi hilang ngantuk sat ! sudah - sudah 
aku mintak maaf sangat - sangat
aku boring tahap gaban dah time ni . tapi teringin nk post something .


 Dah jangan dok termenung lagi  .....pi buat keja! cepat..


Thank You  :p

7 comments: