Teman TerBaek ! : )

Thursday, October 13, 2011

Test sahaja :]

Assalamualaikum kawan . Tolong lah jangan baca apa yang aku post ni . Sbb tiada LANGSUNG manfaat . Sekadar untuk mencuba . Kalau rajin baca sampai titik akhir . Silakan . Tiada paksaan :-) Sori bloggers sbb tak update blog . #Sumpah rindu nak upadate lagi . Tapi kesibukan + kekurangan idea adalah menjadi punca utama aku tak update blog . Terima kasih sbb ada orang bagi semangat untuk aku update blog . Ini adalah cubaan pertama aku untuk ' test ' post entry guna handphone . Kalo berhasil . Lepas ini . InsyaAllah aku akan ' rajin ' update blog . Cobaan pertama untuk guna aplikasi ' Blogger ' dalam iPhone :-)



#Sekarang Jam 1:57AM .
#Jam 9AM jap lagi final exam paper ke-5
#Sedang serabot otak :-(

[ i c a n ' t s l e e p ]

Friday, August 12, 2011

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN " SALAM "

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم





اَلسَّلاَمُ عَ لَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? 





apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan..ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya









Info : Studio.Muslim - boleh ' like ' di FACEBOOK .




MEMOHON UNTUK ' SHARE

Artikel ni saya copy & paste ja . sedikit pon tidak penat . kepada yang membaca , anda sedang diberi peluang untuk mengubah kesalahan orang lain yang sebenarnya kita tidak sedari . Jom! kita ubah . ingat ya , 


“ Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan jika kaum itu berusaha untuk mengubah apa yang ada di dalam dirinya” Ar-Ra’d ayat 11.

Mesti anda juga selalu dengar atau selalu guna hadis yang mcm ni ,


Tangan di Atas Lebih Baik daripada Tangan di Bawah
(H.R Bukhari Muslim)

Lebih kurang  macam  tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima , jadi ? apa lagi ! beri  (share) kepada orang muslim yang lain . 
Sekian . 

*thanks  HAZMIN  sebab share info ni di FACEBOOK .

Monday, August 8, 2011

Indahnya Islam :)



Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.

Tuesday, August 2, 2011

Mesej buat Nyawa :')


JUL 31,2011 11:07 PM

Salam..tomorrow i will attent mid-sem exmination.please my prayers,that i can answer all questions given..im very sad when not fasting with my family this year..i used to cry wheni thinking about this..this is great expectations for me. salam ramadhan & salam perantauan..

message sending...

A Y A H .


----------------------------------------------------------------------------------------

1 massage received

JUL 31,2011 11:35 PM

salam,..sorry late reply..i just comeback from tarawih..anyway i am prayed to Allah let u set yr exam be relex n easy 2 answer all question given..insyaAllah..regarding u not togetter with our family..thats ok..we can do that next time..u dont worry or fill sat.yr great expectation insyaAlllah,ALLAH will give  when u solat 5time a day ..insyaALLAH..yr mom said u not filling wald..are u ok now..?




Naluri seorang anak apabila merindui bapanya . malam tu , serius aku cakap apa yang aku study tak boleh nak masuk . dok fikir rumah ja  . sampai semalaman aku tak tidor . walaupon exam aku jam 9 pagi.. Masa sahur tu ada la 4 , 5 orang yang send msej suruh bangun sahur .

aku copy paste ja ,

Aku tak tidor dari semalam lagi .


 Aku tengok kat facebook kawan - kawan aku yang jauh pakat - pakat  post .





Aku cukup faham dengan perasaan tu . kesian ≈ 

dan 

Ini bukan sifat .

keanak2kan!

...
Aku cakap bukan sifat ke anak kan sebab aku faham macam mana mereka rasa.so,kita bg nasihat ja la.bg semangat.bukan down kan mereka.

cukup takat tuh 

mengimbas kembali memori bersama mak dengan ayah . lagu ni ditujukan khas untuk orang yang tersayang..wah! boleh tuju lagu lagi :D dah mcm radio dah ni . hehe.


yang penting
Saya dah tak sedih lagi .


Saturday, July 30, 2011

Honestly , Im lost .

Assalamualaikum . 
Aku sudah bosan dengan ayat ' sorry , sbb lama tak update blog '
Aku tahu kau faham tentang kesibukan aku di sini , 

Aku tahu tajuk entry aku kali ini membunuh fikiran anda tentang pandangan anda tentang ukiran palsu yang terpahat di muka aku ni kan . mana tidaknya , semua entry post aku sebelum ni ada ka yang negative mood macam ni . semestinya tidak .

Pernah tahukan tentang falsafah yang menyatakan Kehidupan kita di dunia ini ibarat roda , sekejap kita di atas , sekejap kita di bawah .

sekarang aku berada di bawah .

Lagi 2 hari (1/8/11) lagi aku akan berhadapan dengan Mid term untuk sem ni . tapi kenapa aku tak rasa kalot ? 

sudah cukupkah jawapan - jawapan yang terisi dalam kepala hotak aku ? 
sudah cukupkah 40% perhatian yang aku berikan kepada semua lecture yang mengajar aku . mana hilang nya 60% lagi?!!

Di Sini !

1 - Aku masih belum dapat sesuaikan diri di tempat baru . Walaupun aku berada disini dari 23 may 2011 . tapi aku masih belum kuat untuk aku bangun dan berlari , macam orang - orang kat sini . aku tiada masalah di sini , makan minum , tempat tinggal dan kawan semuanya okey . tapi kenapa aku tak boleh nak suaikan lagi ? Sekarang aku sedang belajar , tolong faham dan bagi aku masa!

2 - Penat dengan segala hal ! sejujurnya juga aku cakap , aku bukan orang yang mudah nak putus asa . tapi bila sesuatu keadaan tindih aku , sampai aku rasa tak mampu nak lawan . time tu , aku akan fikir '' give - up '' sebab aku cuba untuk tidak bergantung kepada orang . bila start dengan rimas macam ni . semua benda buat aku down . assignment aku tertangguh , nak layan perangai  orang besar tpi perangai budak di sekeliling aku . nak layan gurau senda bodoh lagi , sampai terduduk kaku aku di buatnya .hm..

3 - Bila apa yang aku nak tak dapat ! dan aku mula nk memberontak! aku rasa normal bagi remaja yang semangat inkuiri macam aku ni . ini bukan sikap budak - budak tapi sifat ingin tahu membuak - buak! Sejujurnya jugak aku cakap AKU SANGAT TERINGIN NAK TENGOK TRANSFOMERS DARK OF THE MOON yang terbaru ni di PANGGUNG WAYANG. sejak otak aku masuk dalam grafik ni aku tiba - tiba ja obses dengan benda macam ni .aku bukan nak tengok jalan cerita yang bosan tuh , tapi aku nak tengok grafik yang digunakan . tambah baran aku, bila half dari kelas aku yang pi tonton kat pawangan , semua bagi 5 stars. siap cerita detail nampak skru robot tu pusing . aku rasa nak kata '' babi la hang cerita kat aku macam ni !'' . aku TERpaksa layan ja lah . kalu nak tengok jalan cerita , dah lama aku download ja. tapi aku nak THANKS yang amat sangat pada orang yang berusaha nak tolong bawa aku tengok cerita tu . tapi .. hmm..takpa - takpa stop cerita part ni. nanti aku teriak sorang - sorang bila teringat rasa sakit dia . 

4 - Aku takot untuk rasa jauh dengan orang yang aku anggap mcm oksigen aku kat Shah Alam ni..tapi aku tak ada alasan kukuh sebab apa aku kena rasa macam tu . :( sebab tu aku rasa macam tak kena ja dengan dia .

5 - Ramadhan tanpa keluarga , aku okey sahaja part ni , walaupun sebak jugak la kalau aku dok dengar azan magrib kat sini . ini juga mengganggu aku ! bukan puasa mengganggu aku tapi kerinduan masakan mak aku dan kedengkian aku bila abang abang aku dapat berbuka dengan ayah dan mama aku . tau sahaja la , tahun - tahun lepas sampai kena ada ada extra table untuk letak makanan . aku tahu mak akan aku menangis bila aku cakap buka puasa kat sini tak sama macam buka puasa kat sana .tp, aku akan berusaha untuk tidak cakap macam tu la .Pernah jadi time pi8  tu ada kat kelantan then dy call mama aku , say ' depa kat sana makan sedap2 kita kat sini makn dlm dulang ' *lebih kurang la ayat dia. then aku yang kena . ala . 28 hari ' ja ' aku berbuka puasa tanpa keluarga :'( kalau ada kawan - kawan aku yang baca entry ni , tolong la jangan cerita kebahagian keluarga anda berbuka puasa . semua ni buat saya ingat akan keluarga saya . haish! kenapa tiba - tiba aku rasa pedih mata nih! coPppp! aku ada abang kat Shah Alam ni :'D.tak payah nak touching sangat lah!

6 - Akhir sekali, Sejujurnya la sejak - sejak ni . aku semakin susah untuk melengkapkan kewajipan 5 waktu aku . dalam 1 hari , mesti ada ja yang buat solat aku jadi 4 waktu . dan kadang - kadang tu 3 . TAHNIAH Syaitan .Strategi anda sangat berkesan.kita lawan lagi nanti! benda ni sebenarnya atas diri kita sendiri . sama ada kita mampu untuk lawan atau kita hanya mampu cari alasan . aku sedang memikul dosa :(

Bulan RAMADHAN 2 hari sahaja lagi , tak sabar nak berpuasa . nekad nak BERUBAH UNTUK JADI LEBIH BAIK , semoga masalah - masalah yang buat aku rasa lost ni , boleh terhakis satu persatu walaupun sedikit demi sedikit . 

Insyaallah aku sedang berusaha untuk berubah , ingat ya teman . untuk berubah mulakan dengan niat ! jadikan Ramadhan sebagai momentum untuk kukuhkan semangat hijrah kita : ) 

Lirik lagu sikit ,
Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna! haha. Sekian. Wasalam.

alang - alang tuh , layan terus la . hayati lirik tuh ;)

Sunday, July 3, 2011

Subjek DGD. Sem 1.

Salam israk & Mikraj' to all Muslim , aku rasa tak terlambat lagi . walaupun sudah 3 hari berlalu .


Kad Pengenalan MSU .
P/s : Aku bukan kena penyakit Kuning noh , Aku rasa semua ni sebab kecuaian STAFF yang buat kad ID ni . Semua  pelajar yang buat kad ID intake MAY Channel 3 . Muka semua pakat - pakat kuning . =,= Kawan aku intake lain ok ja . Dia kena Masuk Kelas Graphic Design ni , biar Lecture ajar cara nk set contras sikit . 


Ok , Straight to the point terus . Aku tulis entry ni sebab ada la 2 , 3 orang kawan aku tanya sebelum ni.


 ''Dalam Graphic Design ni belajar apa ?''


Kalau faceberuk to facebook , aku nak cakap apa ? 
Tak kan nak sebut satu persatu subjek yang aku belajar , contoh . Subjek Typhography . hangpa tau ? *ada yang tau tu ok lah . So , kalau aku nak explain satu - satu dia jadi cakap banyak la . Sora aku kan mahal . mana boleh cakap banyak - banyak . * ceh ! muntah darah . haha .


Semalam dulu , kawan aku macam berminat ja kat Graphic Design . So , aku nak hasut dia agar terjebak belajar kat Management & Science University sekali dengan aku . 


Ok, AHMAD AIDIL . Aku harap hang dapat baca entry ni dengan penuh ghairah .


DGD = Diploma Graphic Design .


Subjek - Subjek yang bakal aku tulis ni , Adalah subjek yang akan  SEDANG aku belajar sekarang . Semua subjek ini dibawah adalah subjek untuk semester ini yakni semester satu. 


1. GRAPHIC DESIGN 01 : Graphic Design Basic . Kod TGR0033 .




Dalam Graphic design , setakat ini apa yang aku belajar lebih kepada teori lagi , contohnya , What is Graphic Design ? History of Graphic Design . ada lagi la . 


First Assignment yang aku dapat untuk Subjek ini , Aku kena buat kajian Pasal Photography *Pilihan sendiri . So, Kaji la pasal Sejarah Photogarphy , jenis Photography , masukkan la contoh - contoh gambar digital & etc . Senang kan ? alaaa.. google ja pon. hang ingat aku rajin nak pi library. tu ja la. tapi susah sikit la untuk aku sebab everything in English . Aku rasa English bukan masalah untuk hang ( Ahmad Aidil ) , kalau tak ,tak dapat A's la dalam SPM kan .


2. TYPOGRAPHY . Kod. TGR 0083 .



Apa Itu TYPOGRAFI ?



Typografi adalah ilmu yang mempelajari tentang seni dan desain huruf (termasuk simbol) dalam aplikasinya untuk media komunikasi visual melalui metode penataan layout, bentuk, ukuran dan sifatnya sehingga pesanan yang akan disampaikan sesuai dengan yang , yang apa ehh! tak engat dah , :P




Typographic Portraits
Insyaallah , nanti aku ada Project nak kena buat macam ni. ura - ura tu ada dah . tapi bukan Sem ni kot . Sebab aku masih awal lagi , Lecture nak ajar yang basic dulu . kalau dah macam ini kira profesional dah , lebih kurang kata LUKISAN YANG DI BENTUK MELALUI HURUF la . menarik kan ?


First Assignment yang aku dapat untuk subjek ini ialah Lukis ekspresi Font dulu . contoh , kalau perkataan ' HOT ' ang kena buat font yang macam ni


Contoh la - 
Hang tengok tulisan ' Kari Letup ' tu , mesej dia nak habaq kata Pedas ja . haa.. lebih kurang lagu tu la . Pun , aku rasa senang . Apatah lagi hang yang banyak idea tu .




3. Drawing 01 : Basic Drawing Tech. kod : TGR0063


ni Subjek yang paling rilex's pernah aku ada , kelas ni 4 jam lamanya . Lecture tu akan ajar aku lukis benda - benda basic . first class memang aku rasa macam ' this is university ??!! ' dia suruh aku lukis bulat , haha. tapi bila lecture tu mai dekat aku , pegang pensil aku . lpas tu dia terang macam mana nak buat . perghh ! terbaik la.. now aku tahu macam mana nak lukis bulat sebulat bulat nya.  kelas ke 3 ke 4 ,lukis buah . *(macam aku upload kat FB).






Awal - Awal ni belajar macam ni ah ! best kod ! yang penting no STRESS!


4. COM. GRAPHIC 01 : DIGITAL ILLUSTRATION.  Kod TGR 0123

Dalam kelas ni, kalau hang (Ahmad Aidil) tak masuk pon tak pa dah , sebab ang master sifu dah dalam penggunaan Adobe Photoshop , Adobe Illustrator & Adobe - Adobe yang lain . kelas ni mengajar cara - cara guna benda edit ni la . agak susah la bagi aku, sebab aku tak tau nak guna benda penting macam ni , dalam kelas aku pon ada ja budak yang dah pandai/biasa guna benda - benda ni , tapi penting ka buat aku nak jeles kat depa , malah aku rasa untung sebab aku awal - awal tak pandai guna , Lecture akan focus kat budak - budak baru nak mengenali dunia adobe ni . so, siapa lebih bermakna dan lebih berharga ? orang yang sudah pandai guna atau belom ? *info ; saya datang sini nak belajar . bukan nak tunjuk pro . kesimpulan , tambah tolak , untung kat aku jugak . haha. 







Aku harap aku akan belajar , macam mana nak buat benda ni .

5. ADVERTISING DESIGN 01 : INTRO TO ADVERTISING TGR 0203

Advertising tu IKLAN , so hang (Ahmad Aidil) . akan belajar berkaitan dengan iklan la , contoh . apa yang perlu ada dalam periklanan , macam - macam la , Lecture tu kata subjek ni agak tuff la , sebab dia lebih ke arah teori . tapi kelas lab dia best ! 

nanti aku kena buat iklan lah , sebenarnya aku suka kelas ini , sebab lecture dia sempoi . cool ja , *lagi pon cumil..opps! :P





Pernah anda terfikir nak buat iklan macam ni ? 
Insyaallah, biar otak aku berfikir di luar kotak , nanti aku buat lagi dasyat ! 
* impian nih!

Soalan menguji minda yang di tanya oleh lecture aku ,

aku translate BM lah ye ;

' Anda rasa Iklan mendahului trend
atau 
trend mendahului iklan ? '

Lu pikiaq lah sendiri !

6. ENGLISH AWARENESS Kod UCS 1163


Seperti mana yang anda tahu mengenai saya , dari UPSR , PMR , dan SPM . saya tak pernah pon dapat A+ dalam subjek english ni , di sebabkan university ni ramai pulak yang international student , so semua pakat - pakat dok cakap  ' oreng puteh ' lah yee ~ dalam kelas ni . aku risau time presentation   je lah . tapi aku bertuah lagi , sebab ada someone tuh . duk depan ja kaku terus . sekurang - kurangnya ada orang lagi teruk pada aku kan ? 
*aku cuba untuk cari kelebihan diri.

************************************************************

Tambah tolak darab bahagi , Subjek yang bakal aku duduki semester ini ialah 6.

Aku petik sikit kata - kata daripada ADIDAS ni, try faham betul - betul . kalau ko tak paham ! ko gi google translate je lah ye ? *tulisan biru macam kat FB.

"Impossible is just a big word thrown around by small men who find it easier to live in the world they've been given than to explore the power they have to change it. Impossible is not a fact. It's an opinion. Impossible is not a declaration. It's a dare. Impossible is potential. Impossible is temporary. Impossible is nothing." - Adidas

Monday, June 27, 2011

Salam Shah Alam






mood : Sangat Letih , Assignmnt3 - 3.o4 AM






Assalamualaikum w.b.t

Sekarang aku cuba tunaikan janji aku kepada korang hangpa semua , iaitu mengupdate blog bila masa saya ada kelapangan , malam ni aku di beri kesempatan oleh housemate aku untuk gunakan line internet dia . 
TERIMA KASIH ya MR J. ya saya ingat pesanan anda *jangan lupa lautan kalau sudah berada di daratan .

Aku tak lupa la , ok lah sekarang cara penulisan aku akan ke arah yang lebih matang ya.Maksudnya, mungkin tiada lagi ketawa gegeh yang akan aku wujudkan dalam post entry yang akan datang , sebabnya ~


Dunia dah maju , zaman dah berubah .

bila ada soalan yang timbul . 


Perlukah manusia berubah ? *maksudnya berubah mengikut peredaran zaman la.


Jika hendak ikut pendapat/jawapan aku , aku akan kata ' YA '
reason , perubahan dunia bergerak sangat laju , begitu juga manusia . perubahan dunia berlaku pun disebabkan hamba - hamba Allah masing ~ masing mengejar duniawi ,semua pakat - pakat nak jadi raja. hehe,. itu yang kita rasa semakin laju . jadi jika kita tak ikut arus peredaran dunia , hmm ~ orang yang bijak pun akan di tindas apatah lagi orang - orang yang masih berada di takuk yang lama . ini pendapat saya , lain orang lain cara . 


Pertama sekali aku bersyukur sebab aku dapat sambung belajar . 
Bila lecture aku cakap , masa kecik - kecik dulu ( sekitar darjah 6 ) kita rajin ja , minta kawan kita suruh isi BIODATA , kan ? lepastu siap pen berkaler lagi (selalunya perempuan la), Ouh! teringat pulak zaman sekolah rendah dulu , tak pa abaikan . lepas tu ada satu part akhir tu , bila di tanya '' Cita-cita/impian '' secara normalnya lah, kita akan jawab '' ingin ke menara gading/ingin berjaya di menara gading '' kan ? pernah tak benda ini berlaku dalam hidup anda ? 


Tiba ~ tiba , kelas diam. lepas tu semua pakat ~ pakat macam setuju ja dengan apa yang lecture tu cakap , sebenarnya aku sendiri pernah lalui benda ni. bila lecture ucap '' TAHNIAH ! cita~cita/impian kamu tercapai , sekarang anda sudah pun berada di Menara Gading . ''


lepas tu aku mula terfikir , macam cepat pulak masa berlalu . orang macam aku ni lah yang selalu ketinggalan dalam arus kelajuan kepesatan dunia . sebab itu aku rasa macam cepat . kalau orang tak ketinggalan dia takkan cakap macam tu . sebab dia selalu peka dan cepat tangkap dengan perubahan yang berlaku .


Sekarang aku sedang belajar untuk bergerak laju . aku tak boleh berada dalam takuk yang lama , aku kena belajar bagaimana aku nak suaikan diri aku dengan tempat baru ,tempat yang tak pernah aku fikir pun bahawa suatu hari nanti aku akan belajar kat sini (Management & Science Universty). 


Aku daftar masuk kat MSU pada 23 May 2011 . Sebelum aku naik feri di kuala kedah tu , banyak benda yang aku fikir , sampai tak lalu aku nak makan pun ada . sebab banyak sangat masalah ! masalah ! masalah ! . Masalah apa sangat ??!


Bayangkan jika anda berada di tempat saya , anda tak pernah berjauhan daripada ibu bapa anda *biar aku bagi notes dulu , maksudnya di sini aku bukan lah anak manja .Ibu bapa tu macam sayap buat aku , segala benda parent yang akan uruskan, contoh,serika baju, basuh baju, lipat baju, sediakan makanan, kalau aku sakit/demam cepat ja depa cari ubat/hantar klinik.Semua benda jadi senang dengan ada nya sayap - sayap tu , sekarang bagaimana ? 


Kalau dulu aku takkan pernah nak pakai baju yang sama selepas aku tanggalkan  , terus masuk mesin ja . now ?! tiga hari pon aku sanggup pakai , *Di apartment ni tiada mesen2 noh . cara manual la , hang bertinggung kat bilik ayaq tu , hang tonyoh la ! . tapi stoking aku rajin basuh la .  *ya ini betul .


Di Shah Alam ni , aku tinggal di sebuah apartment yang namanya BRUNSFIELD RIVERVIEW , tingkat 4 .bilik 431 . aku sewa dengan kawan - kawan . harganya RM 1 k, tapi dah bahagi dengan 09 orang , so , tak lah terasa sangat mahalnya , aku pergi kampus ambil masa lebih kurang 10 min la . kalu jalan kaki seperti mana hari - hari yang selalu aku lakukan . :)


Allah itu maha pemurah :)
Aku selalu berharap supaya aku akan dapat seorang kawan yang boleh bantu aku dalam bidang yang aku pilih ni, Aku ambil Diploma Graphic Design. aku tak pernah tahu pun soal Graphic design ni, maksud aku belajar la , ye lah masa sekolah menengah dulu aku ambil akaun , memang not on track la, dengan jurusan yang aku pilih sekrang ni , tapi itu tiada masalah pon sebenarnya , cuma anda perlu kerja keras sikit untuk sama level dengan kawan - kawan kelas anda yang dah kebanyakkan nya ada basic seni , untuk pengetahuan anda last aku ambil seni masa tingkatan 3.*nak imbau kenangan jap,dulu masa tingkatan 3 - 4 aku akan bagi lukisan yang aku buat kat Cekgu Saidi (cekgu lukisan aku) cekgu paling best dan paling rileks yang pernah aku jumpa. lepas tu benda buat, aku rasa dihargai , cekgu tu pelekat lukisan aku tu , kat dinding dalam bilik guru. lepas tu form 5 aku masuk pertandingan lukis poster Geopark, kalu tak salah aku time tu dekat dengan HARI GURU jugak kod.(yang penting JOHAN..haha! opps! tertakbur :P. lepas tu aku tak bagi hadiah dah,mungkin Form 5 sibuk sikit kod sebab tu aku TERtak bagi (teruknya alasan aku)haha,ok2 sambung balik, anda fikirlah sendiri berapa lama aku berpisah dengan seni, now dengan suprisenya aku kena imbas balik ke alam yang sudah aku tinggalkan bertahun - tahun itu . sekarang aku ada roomate yang superberb lah ! Now dia dok buat degree , sebelum ni dia ambil Diploma sama yang aku ambik  , dah tu pointer tinggi pulak tu , now dia buat degree Games animation . So, memang rezeki aku la . first Assignment aku pon dia yang banyak tolong . ya la , aku mana nak besa buat assenment aseenment ni *baca ala nenek - nenek ( assenment aseenment )


1 lagi ! ehem - eham , perenggan ni lebih kepada segment jeles ya . haha , TIAP TIAP MALAM SAYA MAKAN KEPSI !anda mampu ?! haha . 




Dalam rumah aku ni , ada kawan aku dia keja kat Kepsi sementara nak tggu next sem . 3 bulan ja lah aku dapat rasa pon . hari - hari dia balik kerja jam 12 malam kita semua yang duduk dalam bilik pon akan keluar ,makan berhindan nih. hahaha! dah habis makan pakat - pakat masuk bilik balik tidur , biadap! haha :p Dia bawak balik banyak kod . tapi hari - hari mengadap benda yang sama bosan jugak *bukan tak bersyukur ya , jangan fikir tak matang ! kadang - kadang save jugak la duit tu , ye lah . ORANG BUJANG , faham - faham je lah . makan tak terurus sikit . ada satu hari tuh , aku lunch jam 6 lebih (lunch ka time tuh! huh!) . time tu baru boleh nak makan nasi . sebab jadual pad . start klas koy 8 sampai 6 petang, tak da masa nak rehat - rehat yah!  tapi masa untuk solat tu di beri la . 


OK lah ~ itu sahaja kod . nanti aku bagi laporan lagi . maaf sebab lama tak update , thanks rakan2 FB yang bagi semangat suruh update blog . :)


Nak bagi motivasi sikit , 'Aku tidak minta berjalan di jalan setapak yang mulus, atau memikul beban yang ringan. Aku berdoa minta kekuatan dan ketabahan untuk mendaki jalan yang bertaburan batu karang. Berilah aku keberanian sehingga aku bisa memanjant ke puncak yang paling sulit sendirian, dan mengubah setiap balok sandungan menjadi batu pijakan...'