Teman TerBaek ! : )

Saturday, July 30, 2011

Honestly , Im lost .

Assalamualaikum . 
Aku sudah bosan dengan ayat ' sorry , sbb lama tak update blog '
Aku tahu kau faham tentang kesibukan aku di sini , 

Aku tahu tajuk entry aku kali ini membunuh fikiran anda tentang pandangan anda tentang ukiran palsu yang terpahat di muka aku ni kan . mana tidaknya , semua entry post aku sebelum ni ada ka yang negative mood macam ni . semestinya tidak .

Pernah tahukan tentang falsafah yang menyatakan Kehidupan kita di dunia ini ibarat roda , sekejap kita di atas , sekejap kita di bawah .

sekarang aku berada di bawah .

Lagi 2 hari (1/8/11) lagi aku akan berhadapan dengan Mid term untuk sem ni . tapi kenapa aku tak rasa kalot ? 

sudah cukupkah jawapan - jawapan yang terisi dalam kepala hotak aku ? 
sudah cukupkah 40% perhatian yang aku berikan kepada semua lecture yang mengajar aku . mana hilang nya 60% lagi?!!

Di Sini !

1 - Aku masih belum dapat sesuaikan diri di tempat baru . Walaupun aku berada disini dari 23 may 2011 . tapi aku masih belum kuat untuk aku bangun dan berlari , macam orang - orang kat sini . aku tiada masalah di sini , makan minum , tempat tinggal dan kawan semuanya okey . tapi kenapa aku tak boleh nak suaikan lagi ? Sekarang aku sedang belajar , tolong faham dan bagi aku masa!

2 - Penat dengan segala hal ! sejujurnya juga aku cakap , aku bukan orang yang mudah nak putus asa . tapi bila sesuatu keadaan tindih aku , sampai aku rasa tak mampu nak lawan . time tu , aku akan fikir '' give - up '' sebab aku cuba untuk tidak bergantung kepada orang . bila start dengan rimas macam ni . semua benda buat aku down . assignment aku tertangguh , nak layan perangai  orang besar tpi perangai budak di sekeliling aku . nak layan gurau senda bodoh lagi , sampai terduduk kaku aku di buatnya .hm..

3 - Bila apa yang aku nak tak dapat ! dan aku mula nk memberontak! aku rasa normal bagi remaja yang semangat inkuiri macam aku ni . ini bukan sikap budak - budak tapi sifat ingin tahu membuak - buak! Sejujurnya jugak aku cakap AKU SANGAT TERINGIN NAK TENGOK TRANSFOMERS DARK OF THE MOON yang terbaru ni di PANGGUNG WAYANG. sejak otak aku masuk dalam grafik ni aku tiba - tiba ja obses dengan benda macam ni .aku bukan nak tengok jalan cerita yang bosan tuh , tapi aku nak tengok grafik yang digunakan . tambah baran aku, bila half dari kelas aku yang pi tonton kat pawangan , semua bagi 5 stars. siap cerita detail nampak skru robot tu pusing . aku rasa nak kata '' babi la hang cerita kat aku macam ni !'' . aku TERpaksa layan ja lah . kalu nak tengok jalan cerita , dah lama aku download ja. tapi aku nak THANKS yang amat sangat pada orang yang berusaha nak tolong bawa aku tengok cerita tu . tapi .. hmm..takpa - takpa stop cerita part ni. nanti aku teriak sorang - sorang bila teringat rasa sakit dia . 

4 - Aku takot untuk rasa jauh dengan orang yang aku anggap mcm oksigen aku kat Shah Alam ni..tapi aku tak ada alasan kukuh sebab apa aku kena rasa macam tu . :( sebab tu aku rasa macam tak kena ja dengan dia .

5 - Ramadhan tanpa keluarga , aku okey sahaja part ni , walaupun sebak jugak la kalau aku dok dengar azan magrib kat sini . ini juga mengganggu aku ! bukan puasa mengganggu aku tapi kerinduan masakan mak aku dan kedengkian aku bila abang abang aku dapat berbuka dengan ayah dan mama aku . tau sahaja la , tahun - tahun lepas sampai kena ada ada extra table untuk letak makanan . aku tahu mak akan aku menangis bila aku cakap buka puasa kat sini tak sama macam buka puasa kat sana .tp, aku akan berusaha untuk tidak cakap macam tu la .Pernah jadi time pi8  tu ada kat kelantan then dy call mama aku , say ' depa kat sana makan sedap2 kita kat sini makn dlm dulang ' *lebih kurang la ayat dia. then aku yang kena . ala . 28 hari ' ja ' aku berbuka puasa tanpa keluarga :'( kalau ada kawan - kawan aku yang baca entry ni , tolong la jangan cerita kebahagian keluarga anda berbuka puasa . semua ni buat saya ingat akan keluarga saya . haish! kenapa tiba - tiba aku rasa pedih mata nih! coPppp! aku ada abang kat Shah Alam ni :'D.tak payah nak touching sangat lah!

6 - Akhir sekali, Sejujurnya la sejak - sejak ni . aku semakin susah untuk melengkapkan kewajipan 5 waktu aku . dalam 1 hari , mesti ada ja yang buat solat aku jadi 4 waktu . dan kadang - kadang tu 3 . TAHNIAH Syaitan .Strategi anda sangat berkesan.kita lawan lagi nanti! benda ni sebenarnya atas diri kita sendiri . sama ada kita mampu untuk lawan atau kita hanya mampu cari alasan . aku sedang memikul dosa :(

Bulan RAMADHAN 2 hari sahaja lagi , tak sabar nak berpuasa . nekad nak BERUBAH UNTUK JADI LEBIH BAIK , semoga masalah - masalah yang buat aku rasa lost ni , boleh terhakis satu persatu walaupun sedikit demi sedikit . 

Insyaallah aku sedang berusaha untuk berubah , ingat ya teman . untuk berubah mulakan dengan niat ! jadikan Ramadhan sebagai momentum untuk kukuhkan semangat hijrah kita : ) 

Lirik lagu sikit ,
Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna! haha. Sekian. Wasalam.

alang - alang tuh , layan terus la . hayati lirik tuh ;)

Sunday, July 3, 2011

Subjek DGD. Sem 1.

Salam israk & Mikraj' to all Muslim , aku rasa tak terlambat lagi . walaupun sudah 3 hari berlalu .


Kad Pengenalan MSU .
P/s : Aku bukan kena penyakit Kuning noh , Aku rasa semua ni sebab kecuaian STAFF yang buat kad ID ni . Semua  pelajar yang buat kad ID intake MAY Channel 3 . Muka semua pakat - pakat kuning . =,= Kawan aku intake lain ok ja . Dia kena Masuk Kelas Graphic Design ni , biar Lecture ajar cara nk set contras sikit . 


Ok , Straight to the point terus . Aku tulis entry ni sebab ada la 2 , 3 orang kawan aku tanya sebelum ni.


 ''Dalam Graphic Design ni belajar apa ?''


Kalau faceberuk to facebook , aku nak cakap apa ? 
Tak kan nak sebut satu persatu subjek yang aku belajar , contoh . Subjek Typhography . hangpa tau ? *ada yang tau tu ok lah . So , kalau aku nak explain satu - satu dia jadi cakap banyak la . Sora aku kan mahal . mana boleh cakap banyak - banyak . * ceh ! muntah darah . haha .


Semalam dulu , kawan aku macam berminat ja kat Graphic Design . So , aku nak hasut dia agar terjebak belajar kat Management & Science University sekali dengan aku . 


Ok, AHMAD AIDIL . Aku harap hang dapat baca entry ni dengan penuh ghairah .


DGD = Diploma Graphic Design .


Subjek - Subjek yang bakal aku tulis ni , Adalah subjek yang akan  SEDANG aku belajar sekarang . Semua subjek ini dibawah adalah subjek untuk semester ini yakni semester satu. 


1. GRAPHIC DESIGN 01 : Graphic Design Basic . Kod TGR0033 .




Dalam Graphic design , setakat ini apa yang aku belajar lebih kepada teori lagi , contohnya , What is Graphic Design ? History of Graphic Design . ada lagi la . 


First Assignment yang aku dapat untuk Subjek ini , Aku kena buat kajian Pasal Photography *Pilihan sendiri . So, Kaji la pasal Sejarah Photogarphy , jenis Photography , masukkan la contoh - contoh gambar digital & etc . Senang kan ? alaaa.. google ja pon. hang ingat aku rajin nak pi library. tu ja la. tapi susah sikit la untuk aku sebab everything in English . Aku rasa English bukan masalah untuk hang ( Ahmad Aidil ) , kalau tak ,tak dapat A's la dalam SPM kan .


2. TYPOGRAPHY . Kod. TGR 0083 .



Apa Itu TYPOGRAFI ?



Typografi adalah ilmu yang mempelajari tentang seni dan desain huruf (termasuk simbol) dalam aplikasinya untuk media komunikasi visual melalui metode penataan layout, bentuk, ukuran dan sifatnya sehingga pesanan yang akan disampaikan sesuai dengan yang , yang apa ehh! tak engat dah , :P




Typographic Portraits
Insyaallah , nanti aku ada Project nak kena buat macam ni. ura - ura tu ada dah . tapi bukan Sem ni kot . Sebab aku masih awal lagi , Lecture nak ajar yang basic dulu . kalau dah macam ini kira profesional dah , lebih kurang kata LUKISAN YANG DI BENTUK MELALUI HURUF la . menarik kan ?


First Assignment yang aku dapat untuk subjek ini ialah Lukis ekspresi Font dulu . contoh , kalau perkataan ' HOT ' ang kena buat font yang macam ni


Contoh la - 
Hang tengok tulisan ' Kari Letup ' tu , mesej dia nak habaq kata Pedas ja . haa.. lebih kurang lagu tu la . Pun , aku rasa senang . Apatah lagi hang yang banyak idea tu .




3. Drawing 01 : Basic Drawing Tech. kod : TGR0063


ni Subjek yang paling rilex's pernah aku ada , kelas ni 4 jam lamanya . Lecture tu akan ajar aku lukis benda - benda basic . first class memang aku rasa macam ' this is university ??!! ' dia suruh aku lukis bulat , haha. tapi bila lecture tu mai dekat aku , pegang pensil aku . lpas tu dia terang macam mana nak buat . perghh ! terbaik la.. now aku tahu macam mana nak lukis bulat sebulat bulat nya.  kelas ke 3 ke 4 ,lukis buah . *(macam aku upload kat FB).






Awal - Awal ni belajar macam ni ah ! best kod ! yang penting no STRESS!


4. COM. GRAPHIC 01 : DIGITAL ILLUSTRATION.  Kod TGR 0123

Dalam kelas ni, kalau hang (Ahmad Aidil) tak masuk pon tak pa dah , sebab ang master sifu dah dalam penggunaan Adobe Photoshop , Adobe Illustrator & Adobe - Adobe yang lain . kelas ni mengajar cara - cara guna benda edit ni la . agak susah la bagi aku, sebab aku tak tau nak guna benda penting macam ni , dalam kelas aku pon ada ja budak yang dah pandai/biasa guna benda - benda ni , tapi penting ka buat aku nak jeles kat depa , malah aku rasa untung sebab aku awal - awal tak pandai guna , Lecture akan focus kat budak - budak baru nak mengenali dunia adobe ni . so, siapa lebih bermakna dan lebih berharga ? orang yang sudah pandai guna atau belom ? *info ; saya datang sini nak belajar . bukan nak tunjuk pro . kesimpulan , tambah tolak , untung kat aku jugak . haha. 







Aku harap aku akan belajar , macam mana nak buat benda ni .

5. ADVERTISING DESIGN 01 : INTRO TO ADVERTISING TGR 0203

Advertising tu IKLAN , so hang (Ahmad Aidil) . akan belajar berkaitan dengan iklan la , contoh . apa yang perlu ada dalam periklanan , macam - macam la , Lecture tu kata subjek ni agak tuff la , sebab dia lebih ke arah teori . tapi kelas lab dia best ! 

nanti aku kena buat iklan lah , sebenarnya aku suka kelas ini , sebab lecture dia sempoi . cool ja , *lagi pon cumil..opps! :P





Pernah anda terfikir nak buat iklan macam ni ? 
Insyaallah, biar otak aku berfikir di luar kotak , nanti aku buat lagi dasyat ! 
* impian nih!

Soalan menguji minda yang di tanya oleh lecture aku ,

aku translate BM lah ye ;

' Anda rasa Iklan mendahului trend
atau 
trend mendahului iklan ? '

Lu pikiaq lah sendiri !

6. ENGLISH AWARENESS Kod UCS 1163


Seperti mana yang anda tahu mengenai saya , dari UPSR , PMR , dan SPM . saya tak pernah pon dapat A+ dalam subjek english ni , di sebabkan university ni ramai pulak yang international student , so semua pakat - pakat dok cakap  ' oreng puteh ' lah yee ~ dalam kelas ni . aku risau time presentation   je lah . tapi aku bertuah lagi , sebab ada someone tuh . duk depan ja kaku terus . sekurang - kurangnya ada orang lagi teruk pada aku kan ? 
*aku cuba untuk cari kelebihan diri.

************************************************************

Tambah tolak darab bahagi , Subjek yang bakal aku duduki semester ini ialah 6.

Aku petik sikit kata - kata daripada ADIDAS ni, try faham betul - betul . kalau ko tak paham ! ko gi google translate je lah ye ? *tulisan biru macam kat FB.

"Impossible is just a big word thrown around by small men who find it easier to live in the world they've been given than to explore the power they have to change it. Impossible is not a fact. It's an opinion. Impossible is not a declaration. It's a dare. Impossible is potential. Impossible is temporary. Impossible is nothing." - Adidas